Alhamdulillah...Aku menang contest menonton Tayangan Amal Princess Hour bersama pelakon2 di Kuala Lumpur..
Aku sampai KL awal pagi...Lepak lama kat TBS sebab kawan yang nak pegi sekali ada kelas.
Dalam jam 12pm mcm tu,aku jumpa dia di stesen (lupa dah)..Sempat aku beli baju labuh yang aku rasa sesuai untuk pakai malam nie..
Kawan sampai, kami pakat nak cari hadiah buat Bebe, actually aku tak perasan yang datang 4 pelakon, aku ingat 3 ja..so, aku buat bantal untuk 3 orang ja...
Kami belikan sejambak bunga ada patung lilo strich tu untuk Bebe...
Kami sampai ke tempat tayangan tu 1/2jam lewat sebab masalah menunggu orang...huhuhuhuhu
Mujurlah boleh masuk lagi n mujurlah diorang tayang dulu baru sesi bertemu peminat...
Selepas Tayangan Amal, sesi bertemu pelakon2 Princess Hour...Bebe sangat cantik dan Phan sangat hensem!!!
Diorang sangat sporting!!!
Dapat interview dari orang2 Thailand,mula2 kami ingat tu fanbase, sekali tu dari company diorang...Mujur kami ada sebut kami peminat cita2 dari Halo Entertainment ^^
Kami sempat beri semua hadiah2 by hand kat diorang..Aku juga sempat bergambar ngan Producer aka Manager aka pelakon dalam Full House Thai (jadi boss Mike). Beliau sangat sporting and humble.