Wednesday, 18 June 2025

“Pelukan Terakhir Chot”

Sepuluh tahun kau di sisi,

setia di kaki setiap malam sunyi.
Tak pernah minta lebih dari itu —
hanya ruang kecil untuk tidur dekatku.

Malam itu, ajaibnya lain,
kau biarkan dirimu dalam dakapan.
Untuk kali pertama… dan rupanya, kali terakhir,
kau izinkan aku simpan hangatmu sekejap lagi.

Dalam lena, kau terkejut halus,
aku tepuk, bisik suruh tidur semula.
Tak tahu, itu tubuhmu perlahan-lahan
bersedia pulang pada Pencipta segala rasa.

"Kalau Chot nak pergi... kakak redha,"
kata itu keluar tanpa diminta.
Dan waktu Subuh, tubuhmu masih di situ,
panasnya belum pergi...
tapi jiwamu dah pun berlayar jauh.

Chot, pelukan itu bukan perpisahan,
tapi hadiah dari seekor hati suci yang tak pernah tinggalkan.
Kau tahu, dan aku tahu —
kita akan bertemu semula…
bila masa itu tiba.


xoxo-Hassida

“Kalau Boleh Ulang Masa…”

Dulu masa umur saya 20-an, saya akui… saya banyak main-mainkan perasaan lelaki. Bukan sebab saya kejam, tapi masa tu saya rasa belum tiba masanya untuk serius tentang hubungan. Fokus saya cuma nak hidup bebas, enjoy hidup, dan rasa “hidup masih panjang lagi.”

Tapi masa tak pernah tunggu kita. Tahu-tahu, saya dah masuk umur 30-an. Dan peliknya, tak ada lagi lelaki yang betul-betul sayang saya macam dulu. Sekarang… saya dah 45. Masih sendiri.

Kadang-kadang saya terfikir… adakah ini balasan daripada doa lelaki-lelaki yang saya pernah kecewakan dulu? Adakah mereka pernah menangis diam-diam kerana saya tak hargai mereka? Dan sekarang saya pula yang menangis kerana rasa sunyi?

Kalau saya boleh ulang masa, sumpah saya takkan layan mana-mana lelaki tanpa niat yang jelas. Saya takkan bagi harapan kalau tak bersedia. Sebab sekarang… saya yang merasa penyesalan tu.

Masa umur saya 18 sampai 24 tahun, memang ramai lelaki nak kenal. Tapi saya tolak semua sebab kononnya saya belum ready. Hari ni, bila saya tengok kawan-kawan sebaya, bahagia dengan anak-anak yang dah besar — yang dah macam kawan — saya rasa sayu. Kalau saya tahu… saya mungkin dah terima salah seorang yang pernah hadir dulu.

Tapi hakikatnya… kita cuma hamba. Kita tak ada kuasa nak putar masa. Yang tinggal cuma kenangan, dan kadang-kadang… penyesalan.

Ya, sedih tu ada. Terbayang juga — tua nanti sorang-sorang. Kalau meninggal pun, entah ada yang tahu atau tidak. Entah orang jumpa bila badan dah sejuk dan tak bergerak.

Tapi saya masih di sini, masih hidup. Mungkin belum terlambat untuk belajar redha, dan cari bahagia cara lain — walaupun bukan dalam bentuk pasangan.

Kalau awak pun pernah rasa macam saya, ketahuilah… awak tak sendiri.


xoxo-Hassida

Tuesday, 17 June 2025

BILA SAYA DIAM, SIAPA YANG BETUL-BETUL NAK SAYA?

 Salam 2025... Almost end of 2025...Cepat masa berlalu...

Tapi dimulakan dengan luahan rasa...

Ya..Saya masih sendiri..Belum bertemu jodoh...Kesian kan? Tapi itu lah...Rezeki kita tak sama..

Alhamdulillah untuk sekarang, my life is more better bila saya ada rumah sendiri, ada kereta sendiri, belikan kereta untuk ayah, ada kerja yang tetap walaupun gaji takda lah tinggi macam pegawai besar, tapi tetap bersyukur. Cuma soal jodoh ja saya tak bernasib baik 😢


🥀Refleksi Hati Seorang Perempuan Yang Penat Memberi🥀

Saya pernah jadi orang yang excited bila orang yang saya sayang mesej walaupun dia cuma tanya 'apa cerita?'.

Saya pernah jadi orang yang cerita panjang-panjang pasal hari saya, walaupun dia cuma balas dengan 'hmm' atau emoji.

Sebab saya fikir, 'asalkan dia masih ada, saya okay'. Tapi lama-lama saya sedar...saya sorang je yang hidupkan hubungan ni.

Saya pernah diam - dan dia tak cari. Bukan sehari. Tapi berhari-hari. Saya tunggu. Tapi makin saya tunggu, makin saya nampak kebenaran.

Dia okay tanpa saya. Dia tak tanya kenapa saya senyap. Dia tak resah pun bila saya tak muncul.

Dan dari situ saya belajar...Bila saya diam, siapa yang cari saya, itulah yang betul-betul nak saya.

Kalau tak ada siapa cari, maknanya tak ada siapa pun benar-benar hargai saya.

Saya bukan marah. Saya cuma kecewa dengan diri sendiri sebab pernah bagi terlalu banyak pada orang yang tak tahu jaga.

Tapi sekarang saya tahu... diam saya bukan sebab saya lemah. Tapi sebab saya penat. Saya nak lihat, siapa yang benar-benar mahu saya dalam hidup mereka.

Saya masih sayang... tapi saya lebih sayang diri saya sekarang.

Saya masih ada rasa... tapi saya tak nak terus dihukum sebab terlalu memberi.


Jadi kali ini, bila saya diam... saya tak tunggu. Saya perhati.

Dan kalau tak ada siapa yang datang, saya reda.

Sebab saya bukan hilang siapa-siapa - mereka yang hilang saya.


xoxo - Hassida

Monday, 22 January 2024

Rindu Korea

Byk pulak baca ramai kena di hantar pulang bila dah sampai Airport Korea..

Mungkin dah banyak kes rakyat Malaysia masuk ke Korea utk bekerja secara haram dgn tiket bercuti... Jadi, kesian yg btl2 nak pi bercuti kena tahan dan di hantar balik...

Alhamdulillah 2 kali pi Korea semuanya smooth ja dan terlalu banyak memori indah2.. 1st time pegi dgn 3 kawan baru kenal (kena jadi guide leader wpun masa tu sy 1st time pi oversea)...

2nd time pegi sorang2... Turun Busan.. 2 hari di Busan.. Naik bas pi Seoul... Balik Malaysia dari Incheon Airport... Pegi sorang2 yang paling banyak memori indah2 🥰🌼🥰


Untuk yang nak pergi Korea especially geng2 bujang... Sebab yg selalu kena tahan & di hantar pulang geng2 bujang...

1. Sediakan itinerary complete (sy siap buat letak dlm file). Kalo boleh ingat nak pegi kemana incase pihak immigration sana tanya. 

2. Ingat nama hotel / guesthouse yg korang nak stay tu. Dalam flight, akan diberi borang untuk korang isi. Dalam tu isi complete alamat hotel/guesthouse.

3. Just jawab dgn rileks, jangan tunjuk muka takut2.. Kita nak pi bercuti, bukan nak masuk secara haram.

4. Kalau nak bawa makanan dari Malaysia, sila bawa makanan jenis kering sbg contoh sambal Ikan Bilis kering.. Atau pek kembara tu. Sebab tak boleh bawa makanan basah mcm ayam atau daging dan sewaktu dengannya. 

5. Doa lah banyak2 untuk urusan kita dipermudahkan. ( Allahumarobbi yassir wala tungassir robbi tanmbir bilghoir)


Selamat bercuti.

Saya mungkin dah susah nak kembali travel bila mana komitmen saya dah menyekat untuk saya teruskan impian saya travel sorang2 ke luar negara. Last saya travel masa pi Bangkok, Thailand untuk kali kedua.


Pergilah melancong selagi muda dan sihat. Melancong salah satu aktiviti yang sihat dan kita akan lebih rasa bersyukur bila melihat hebatnya Allah swt mencipta alam 🌼


Nota ketiak : Antara moments indah saya, pegi konsert diorang n the gang.. Diorang 2nd perform.. Sy surprised kan diorang, sy dpt berdiri btl2 depan stage, cuma di tepi, tapi alhamdulillah Skull & HaHa nampak saya mmg muka diorang terkejut, byk kali dtg kat sy ms diorang nyanyi.. Skull dtg kat saya 1st salam... HaHa lak siap dtg amik scarf khas diorang utk kibarkn ms nyanyi.. Habis diorang nyanyi, rupanya diorang terus nk balik.. Sy komen nk jumpa kat X (dulu twitter).. Skull panggil sy kluar. Sy srg2 ja diorang layan masa tu. Tak lama tu, ada fans lain dtg, diorang cepat2 blah ☺️ Rindu~~



Friday, 15 December 2023

Kawan, Sahabat dan Teman


 Assalamualaikum...

Lama tak update blog ni...

Banyak yang dah jadi...

Abang kesayangan saya pergi tinggalkan kami tiba-tiba asbab terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 28.11.2023. Mohon sedekah kan Al-Fatihah buat abang kesayangan saya, Hasnurizal bin Md Isa.


Hampa mesti pernah rasa apa yang saya nak kongsikan ni...

Orang yang kita anggap seperti keluarga sendiri, tapi rupanya di belakang kita, dia mengutuk kita. Tak cukup dengan tu, dia treated kita mcm kita hamba dia, gunakan kita. Dah kita tolong dia, sedikit pun takdak rasa bersyukur malah disindir kita hanya sebab ramai yang tolong kita. 

Sahabat yang benar-benar sahabat bila gembira melihat sahabatnya gembira dikelilingi orang yang baik2.

Bukan dengan menyindir malah seperti meminta sahabat kita itu dibenci oleh orang sekeliling.

Adakah wajar digelar sahabat? atau cuma kawan atau teman?. Kawan datang dan pergi manakala teman cuma hadir bila memerlukan.

Di hari Jumaat yang berkah ini, saya mendoakan untuk diri saya dijauhkan dari fitnah dan hasad dengki manusia. Amin.


Alhamdulillah.. di hari Jumaat yang berkah, saya dapat tempat untuk saya selesa bekerja walaupun sederhana tapi tetap syukur.



done publish. xoxo. Hassida.

Friday, 7 July 2023

Zombie on Sale

Recommended Movie ⭐⭐⭐⭐
Title : Zombie on Sale
Tahun : 2019
Blh tgk di : Bilibili
Element : Horror & Komedi

Zombie makan orang ❌
Zombie makan sayur kubis ✅

Biasa Zombie makan orang...
Cita nie Zombie makan sayur kubis 🤣
Siapa yang kena gigit ngan Zombie nie, akan kembali muda 😆

Bila partner korang sibuk sangat sampai tak ingat korang😌, mari lah layan cita kelakar pengubat hati 💙

Xoxo. Publish. Hassida

Friday, 9 June 2023

The Good Bad Mother Review

Aku baru selesai tengok drama The Good Bad Mother. 
Korang mesti tengok cita nie. Ada sedih, lawak, suspend, geram sakit hati suma ada. Part sedih memang terus banjir. 
Cerita berkisarkan pasangan suami isteri yang mengusahakan ladang khinzir di hulu kampung. Sampai lah ada pihak dari bandar dtg utk event larian antarabangsa katanya sampai nak hapuskan ladang khinzir tu dgn alasan akan mengganggu event tu nanti.
Sampaikan pihak yg jahat nie bakar ladang khinzir. Part bakar ladang khinzir mmg terus buat aku nangis sb khinzir² tu mati mcm tu ja. Jahat dooohhh org jahat tu...
Berlaku lah pertikaian sampai ke mahkamah. 
Mmg masa tu mcm² jadi lah...Si kwn ayah sabotaj ms bg keterangan lah, pendakwaraya masa tu hapuskan bukti lah, amik rasuah dr si jahat tu lah.
Si jahat sampai bunuh ayah hero nie weiii. 
Masa ni hero dlm perut mak dia lagi.
Tapi org jahat nie buatkn yg si ayah ni bunuh diri dgn menggantung diri kat pokok. 
Dipendek kan cita. Si ibu nie bawa diri ke kampung lain dgn perut sarat mengandung dia usahakan balik ladang khinzir tu. Masa nie best sikit sb watak² penduduk kampung kat situ mcm² ragam. 
Sampai lah melahirkan, mak hero ni mmg treated anak dia tegas gila. Sebab mak dia nak anak dia jadi pendakwaraya sb mak dia cakap dari dia kecik lagi. Kalo ko nak berkuasa, ko kena jadi pendakwaraya. 
Sampai besar anak dia sangat keras karektornya. Sampai buang mak sendiri. Sampai tinggalkan gf dia. Dia berjaya jadi pendakwaraya. Masa nie mmg rasa marah pun ada, kesian pun ada sb dia mcm dendam ngn mak dia.
Tapi sampai lah ada musibah jadi kat hero nie...Dan masa nie lah terbongkar satu² rahsia kenapa hero nie sangat keras karektornya. 
Selebihnya korang layan sendiri. 16 episode. Tak bosan. Akan tak sabar nak tengok next episode tu.
Selamat berKDrama gaisss.

Saranghaehassida-xoxo Publish!