Wednesday, 18 June 2025

“Kalau Boleh Ulang Masa…”

Dulu masa umur saya 20-an, saya akui… saya banyak main-mainkan perasaan lelaki. Bukan sebab saya kejam, tapi masa tu saya rasa belum tiba masanya untuk serius tentang hubungan. Fokus saya cuma nak hidup bebas, enjoy hidup, dan rasa “hidup masih panjang lagi.”

Tapi masa tak pernah tunggu kita. Tahu-tahu, saya dah masuk umur 30-an. Dan peliknya, tak ada lagi lelaki yang betul-betul sayang saya macam dulu. Sekarang… saya dah 45. Masih sendiri.

Kadang-kadang saya terfikir… adakah ini balasan daripada doa lelaki-lelaki yang saya pernah kecewakan dulu? Adakah mereka pernah menangis diam-diam kerana saya tak hargai mereka? Dan sekarang saya pula yang menangis kerana rasa sunyi?

Kalau saya boleh ulang masa, sumpah saya takkan layan mana-mana lelaki tanpa niat yang jelas. Saya takkan bagi harapan kalau tak bersedia. Sebab sekarang… saya yang merasa penyesalan tu.

Masa umur saya 18 sampai 24 tahun, memang ramai lelaki nak kenal. Tapi saya tolak semua sebab kononnya saya belum ready. Hari ni, bila saya tengok kawan-kawan sebaya, bahagia dengan anak-anak yang dah besar — yang dah macam kawan — saya rasa sayu. Kalau saya tahu… saya mungkin dah terima salah seorang yang pernah hadir dulu.

Tapi hakikatnya… kita cuma hamba. Kita tak ada kuasa nak putar masa. Yang tinggal cuma kenangan, dan kadang-kadang… penyesalan.

Ya, sedih tu ada. Terbayang juga — tua nanti sorang-sorang. Kalau meninggal pun, entah ada yang tahu atau tidak. Entah orang jumpa bila badan dah sejuk dan tak bergerak.

Tapi saya masih di sini, masih hidup. Mungkin belum terlambat untuk belajar redha, dan cari bahagia cara lain — walaupun bukan dalam bentuk pasangan.

Kalau awak pun pernah rasa macam saya, ketahuilah… awak tak sendiri.


xoxo-Hassida

No comments:

Post a Comment