Pada 23/11/2014 saya telah ke Korea seorang diri selama 2 minggu..
Dengan menggunakan perkhidmatan Air Asia, saya membeli tiket secara berasingan.Tiket pergi ke Busan saya beli awal tahun ini dengan harga RM299 return. Manakala tiket pulang ke Malaysia saya beli seminggu sebelum berangkat, alhamdulillah saya dapat tiket murah untuk tarikh tersebut iaitu RM400+ return termasuk makan & luggage..Saya mengambil tiket berasingan adalah kerana saya nak naik di Incheon Airport untuk pulang ke Malaysia.
Tiket ke Busan adalah jam 8.30am..Alhamdulillah dalam jam 4.30pm saya sampai di bumi Busan,Korea Selatan.Sampai ja Busan, terus beli kad utk subway/bas/teksi..Kad nie mcm T-Money yang digunakan di Seoul gak..
Beli kat 7eleven...Tapi staf nya tak pandai english.Berbeza dengan di Seoul, ada yang pandai english.Dari Gimhae Airport, saya naik bas untuk ke Heundae.Bas mcm bas pelancong. Selesa.
Sampai di Heundae, waktu tu dah gelap walaupun jam baru menunjukkan jam 6pm camtu.Sebab di Korea jam 5pm dah gelap.
Saya sampai di Hi Korea Hostel, yang sambut saya adalah seekor kucing yang comel.Saya pilih Hi Korea adalah kerana kucing gebu ini.
Tapi rupanya saya salah tempat, Hi Korea Hostel ada satu lagi cawangan, saya meminta bantuan orang yang di tingkat bawah utk call mereka di Hi Korea satu lagi cawangan tu.Mereka beri peta pada saya di email. Saya gunakan wifi di Hi Korea Hostel tu utk snapscreen peta tu sebab di luar dah tak dapat internet.
Disebabkan beg berat & cuaca gelap, saya amik teksi untuk ke Hi Korea tu.Alhamdulillah jumpa tempatnya dengan bantuan seorang ahjussi.
Sampai ja, lepas check in, saya terus diberi bilik. Bilik yang dikongsi dengan strangers. Tapi alhamdulillah, sepanjang 3 hari saya di Busan, saya tiada tetamu yg dikongsi, makanya bilik yang mempunyai 6 katil tu saya seorang guna.
Tapi Hi Korea Hostel nie bilik airnya adalah open! Hanya menggunakan tirai untuk menutup setiap bilik mandi tersebut. Memang rare! Pada yang takut or tak biasa, saya tak sarankan korang dok sini.
Setelah letak beg & rehatkan diri, saya keluar berjalan2 di sekitar hostel. Kawasan agak lenggang, tapi masih ada orang iaitu mereka yang di kedai & lalu lalang.
No comments:
Post a Comment