Friday, 1 June 2018

Terapi kucing dan kehilangan mereka

Alhamdulillah,,, Allah swt kurniakan aku 9 ekor kucing sebagai peneman aku sendiri di rumah sewa nie...
9 ekor... Ramai kan? Mulanya aku takut untuk terima kenyataan yang adakah aku mampu menjaga kesemuanya dengan sempurna ?
Kimchi si ibu melahirkan 4 ekor anaknya baru2 nie 29 Mei 2018 yang telah menjadikan bilangan kucing di rumah ini 9 ekor kesemuanya...17/8/2017 Kimchi telah lahirkan 4 ekor anaknya..
Aku mengambil kucing bunting yang berwarna putih yang mempunyai keistimewaan bermata kuning dan biru daripada pencinta kucing yang tak mampu utk menjaga lagi...

Aku risau jika aku tak dapat menjaga mereka dengan gaji aku yang tak besar dengan pekerjaan aku yg bukannya hebat seperti orang lain..
Tapi setiap hari aku cuba positifkan diri dengan yakin yang rezeki Allah swt itu luas...Tak sanggup aku nak melepaskan atau beri kepada orang lain yang belum tentu boleh menjaga mereka..
Ya.. Kasih aku kepada mereka makin dalam...Walaupun ia tak sedalam kasih aku kepada Chot yang tinggalkan aku pada 3 Mei 2017~~

Aku menaip ini dikelilingi oleh kucing2 aku sambil aku pasang soothing cat music untuk mereka tenang dan alhamdulillah mereka suma baring keliling aku...

Mereka adalah terapi aku bila mana aku rasa sedih, sunyi...Susah untuk diterangkan kerana ia bersifat fizikal dan spiritural...

Aku kongsikan pengalaman aku dengan kucing2 aku yang telah tinggalkan aku...Banyak lagi kenangan dengan kucing2 yg lain termasuk Hero bila aku, mak, adik dan Hero bekerjasama tangkap tikus :D kelakar bila kami minta Hero jaga di hujung dan Hero ikut kami cakap :) Tapi Hero pun tinggalkan kami sebelum Chot~~

1. Ketika aku sedih dan menangis di luar rumah, tiba2 kucing aku (Inai) namanya..datang menjilat air mata aku.. Amazing right? seolah2 dia faham apa yang aku rasa pada waktu itu...

2. Setiap kali aku selesai solat, dan mula mengangkat doa, Chot kucing aku akan duduk di depan aku sehinggalah aku habis mengaminkan doa..
Aku menangis semasa menaip ini kerana aku terlalu rindukan Chot~~

3. Sepanjang mak aku sakit, aku akan tidur di bawah dekat dengan pintu bilik kerana mak aku tidur di ruang tamu..dan setiap kali itulah Chot akan tidur di sebelah aku padahal dia susah untuk bermanja.

4. Malam terakhir Chot bersama aku..Seperti biasa aku akan dukung kucing2 aku masuk bilik tidur bersama aku termasuk Chot..Chot tak nampak sakit pun waktu itu..
Setiap malam Chot akan memilih tidur di bawah, tapi malam tu Chot langsung tak berganjak bila aku letak kan dia di bantal aku tidur.....
Sepanjang malam aku tidur peluk dia :'( dan aku perasan 3/4 kali Chot macam menggigau, dan aku tepuk2 untuk dia tidur, tapi dalam masa yang sama aku borak dengan dia yang aku nak dia cari aku bila aku dah takda nanti, dan aku redha jika dia pergi sebab Chot terlalu tua jika diukur umur seekor kucing...
Esok pagi, sebelum jam hp bunyi, aku dah terjaga, tak pasti kenapa..Waktu tu sebelum jam 5am...
Aku tengok Chot masih dalam pelukan aku...Tapi aku tengok mata sebelah Chot mcm tertarik, tapi badan Chot masih panas...Aku kejutkan dia banyak kali... Ya Allah...Menyesalnya aku cakap aku redha dia tinggalkan aku!!! :'(
(menangis)

Tujuan aku bela kucing2 sekarang di rumah sewa nie pun dengan niat untuk aku hilangkan rasa sedih atas kehilangan Chot, tapi aku masih tak boleh lupakan Chot~~
Ada berpendapat, dah takut kehilangan, berhenti lah bela kucing...Ya...Itu pendapat kamu..
tapi pada aku, setiap yang hilang, ada pengganti walaupun ia takkan sama, sekurang2nya aku dapat beri kasih-sayang buat kucing jalanan yang lain...

Chot......Kakak rindukan kamu Chot.....Setahun dah Chot pergi tinggalkan kakak.....Chot masih ingatkan kakak tak? Chot...Bila kakak dah takda di dunia nie, Chot & Hero jangan lupa cari kakak ye...sebab kakak rindu sangat kat Chot dan Hero... Dua hari lepas Chot datang dalam mimpi kakak...Kita jalan2... Itu ja yang kakak ingat... (menangis)

Kakak rindu kamu semua yang telah tinggalkan kakak~ Hero & Chot yang paling rapat dengan aku~

(menangis)


No comments:

Post a Comment