2020 umurku akan mencecah 40 tahun.
Di umur begini, baru tergerak hati yang tekad untuk membeli juga rumah sendiri.
Kenapa baru sekarang?
sebabnya,
Gaji saya tidak seberapa dengan komitmen yang saya tanggung. Erti kata ya...Saya takut akan menyusahkan keluarga saya jika berlaku sesuatu nanti.
Kenapa? Sekarang tak takut susahkan keluarga ke? Kurang rasa takut itu sebab komitmen yang saya tanggung banyak dah saya selesaikan. Erti kata slip gaji saya sudah bersih sesucinya dari pemotongan. Alhamdulillah dah 2 tahun slip gaji cantik dilihat.
Ia datang secara kebetulan bila saya mencari rumah sewa kerana saya perlu mencari rumah yang mempunyai ruangan khas untuk kucing-kucing kesayangan saya DAN coverage internet yang baik untuk saya membuat jualan softtoys secara atas talian (Live)
Sehinggalah saya nampak perumahan sedang dibangunkan dan design rumahnya antara yang saya suka.
Lama saya berfikir sehingga lah suarakan pada mak dan tunjuk gambar rumah tersebut.
Keesokkan harinya, saya bawa mak saya tengok rumah.
Perjalanan balik, hati masih tak keruan. Beli atau tidak.
Mak juga support. Terus ke bank masuk kan sejumlah wang.
Dan di dalam kereta, terus transfer pada agen yang menguruskan pembelian rumah. Ini antara keputusan drastik yang pernah saya buat dalam hidup.
Rumah saya masih dalam pembinaan. Insyaallah pertengahan 2021, siaplah rumah saya. Dan bakal memerlukan kewangan yang banyak untuk persiapan masuk rumah.
Doakan saya dipermudahkan urusan dan diberi limpahan rezeki seperti Air Zam-Zam yang Allah swt turunkan yang mengalir dari dahulu sehingga sekarang.
Saranghae. Hassida. *publish!*







No comments:
Post a Comment