Lama betul tak update kat sini.
Tajuk atas pun serius, makanya pengisian kali ini agak serius.
Ia berlaku pada Hari Raya Kedua Aidilfitri di mana ayah saya didapati Positif Covid 19.
Okay, kita undur sekejap sebelum saya teruskan apa berlaku.
Saya tinggal dengan parents saya di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah. Saya dengan diorang sejak PKP 1.0 kerana waktu PKP 1.0, parents saya stucked di Putrajaya lebih dari sebulan sebab diorang sampai ja kat Putrajaya, esok tu PM umum PKP 1.0.
Makanya, saya kena berada di kampung untuk menjaga tanaman mereka dan kucing peliharaan di kampung. Saya ada kucing juga di rumah sewa dan waktu itu mereka berada di rumah sewa di Perlis.
Sebelum saya pulang ke Jitra untuk menghantar parents saya naik bas, saya sudah sediakan makanan dan minuman yang sebanyak mungkin untuk 2 hari (hari minggu saya balik Jitra). Lepas 2 minggu PKP, saya beranikan diri untuk meminta kebenaran dari pihak polis untuk ambil kucing2 saya kerana saya risau PKP akan berlanjutan.Pihak polis tak benarkan untuk alasan tersebut. Automatik saya menangis bila polis tak izinkan. Polis tengok saya menangis terus nampak dia gelabah, dan minta saya ubah alasan dengan mengatakan saya perlu rentas negeri untuk mengambil bahan kerja seperti laptop.So, saya pun tipu sunat kat dalam surat tu. Alhamdulillah saya dapat bawa pulang kesemua kucing saya. Walaupun kat roadblock polis macam suspicious melihat dalam kereta saya penuh dengan kucing. Hahahaha
Okay, kita kembali ke 2021.
Seperti biasa dalam bulan puasa, ayah saya akan dipertanggungjawab kan untuk mengetuai program Moreh di surau pada bulan Ramadhan. Cuma tahun nie agak terhad cara pengurusannya kerana perlu mengikut SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan penyakit Covid 19.
Di minggu akhir bulan Ramadhan, kami dikejutkan oleh berita rakan ayah saya disahkan positif Covid 19 yang mana rakan ayah saya juga terlibat dalam program moreh di surau Taman Mahsuri.
11 Mei 2021, ayah saya dipanggil untuk membuat ujian calitan (Swab Test) di Klinik Kesihatan Jitra (sebab sebelum tu ayah call bilik gerakan untuk bertanya mengenai suntikan vaksin yang beliau telah dapat dalam waktu terdekat tapi dia contact rapat dengan rakan yang positif tadi)
13 Mei 2021, umat Islam merayakan Aidilfitri. Tapi di Malaysia masih tidak dibenarkan untuk menyambutnya untuk menyekang penularan virus Covid 19.
14 Mei 2021, sekitar jam 2pm, ayah telefon sendiri kepada bilik gerakan dan mereka beritahu yang mereka baru mendapat keputusan dari makmal yang mana ayah saya disahkan Positif Covid 19. Waktu tu saya lihat ayah tersandar dan nampak mata ayah dah berkaca. Saya ngan my mom jadi speechless sebab kami tak jangka perkara ni akan berlaku pada kami.
Lepas letak tel tu kami bertiga senyap seketika. Ayah agak cemas sebab risaukan mak sebab mak disahkan ada penyakit jantung dan pernah koma hampir sebulan kerana jangkitan paru2 pada 2016. Dan Covid 19 suka menyerang mereka yang mempunyai masalah pernafasan yang berkaitan paru2 dan jantung.
Saya pun beritahu pada group WhatsApp family kitorang. Semua terkejut, cemas dan sedih. Saya dipertanggungjawab kan untuk update setiap yang berlaku pada group whatsapp family.
Dan bermula juga tel ayah tak berhenti deringan dari pihak KKM untuk memberi maklumat dan menyiasat setiap perincian di mana ayah dapat jangkitan, Dan saya lah yang kena terangkan semuanya sebab waktu tu ayah dah tak keruan. Dan saya bersama mak diminta untuk hadir ke Klinik Kesihatan Jitra untuk dipakaikan gelang pink kerana kami kontak rapat pesakit positif Covid 19.
Waktu tu saya bersyukur sangat ada dengan mereka dan bukan di rumah sewa di Perlis. Kalo tak agak kesian mereka untuk hadap keadaan waktu tu hanya mereka berdua.
Dalam jam 4-5pm, Pihak KKM maklumkan pada ayah yang ambulance akan amik ayah lepas Insyak pada hari tu juga (14 Mei 2021). Ayah terus ambil beg isi persalinan untuk beliau nanti.
Mujurlah siang tu kebetulan saya borong segala jenis panadol yang ada.
Mak pun selitkan makanan seperti biskut dan minuman untuk ayah bawa.
Dipendek kan cerita, dalam jam 11.30pm, pihak ambulance datang amik ayah ke Pusat Kuarantin di Kulim. Jauh tu Jitra dengan Kulim. Kulim terletak hampir dah dengan Pulau Pinang. Waktu nie sedih tak yah cakap lah. Kalo berlaku apa2, itulah kali terakhir saya lihat ayah saya :(
Adik beradik yang lain minta saya amik video masa ayah nak pergi. Untuk tatapan kami sahaja waktu tu. Alhamdulillah ayah bebas dari jangkitan dan sudah mendapat 2nd dose vaccine. Baru saya letak kan video tu di akaun tiktok saya untuk memori yang tak terjangka berlaku dalam family saya.
15 Mei 2021 - Klinik Kesihatan Jitra.
Boleh dikatakan semuanya penduduk di Taman Mahsuri.
Isi borang untuk pemakaian gelang pink untuk me and my mom
My mom yang duduk di tepi tu. Saya beratur untuk mak sekali.
Masih menunggu giliran. Waktu ni rasa berdebar sebab macam tak sangka kami akan hadap situasi ni.
Secara rasminya 15 Mei 2021 kami diberi pakai Gelang Pink untuk tempoh sehingga 23 Mei 2021.
Okay guys, sambung Part 2 ya.





No comments:
Post a Comment