Sunday, 30 May 2021

Part 2 - Pengalaman Bekas Pesakit Positif Covid 19

 Salam Rakan Alam Maya,


Sambung dari Part 1.

Sebelum tu, alhamdulillah ayah dan selamat sampai ke Pusat Kuarantin di Kulim. Di situ macam tempat rehat ayah cakap. Lebih kepada tempat pemulihan yang bukannya di hospital. Mereka jadikan bangunan kuarters sebagai Pusat Kuarantin untuk pesakit positif covid 19.

Lepas saya dan my mom pakai gelang pink, kami terpaksa singgah untuk borong membeli air kelapa original (tanpa gula dan ais). Tapi kami tak turun kereta, hanya memesan dari dalam kereta. Harap tiada kecaman sebab kami hanya tinggal berdua di rumah yang tiada siapa yang boleh bantu kami pada waktu tu. Dan kami terus pulang rumah. Sampai rumah, me and my mom terus mandi bersihkan diri. Baju yang kami pakai pun terus masuk dalam mesin basuh.

Korang mesti tertanya-tanya me and my mom ada gejala ke tak kan? 

Okay, sebenarnya hari kedua (15 Mei 2021) lepas my dad disahkan positif, saya dah mula batuk dan gatal tekak. Disebabkan saya ni jenis kalo kena batuk, susah nak lega sebab akan diikuti dengan penat sebab batuk yang terlalu banyak. Untuk elak penat, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak batuk terlalu kuat sebab saya takut virus covid 19 ni akan mudah menyerang paru2 saya. Plus saya sangat perlu menjaga diri saya sebab hanya saya seorang pada waktu itu yang kena menjaga my mom. Jadi, saya kena dan perlu sihat dan kuat.

Dalam jam 12am macam tu, saya masuk bilik tidur untuk tengok my mom. My mom gitau dia pening kepala dan saya pegang badan dia, Panas gila weiiii...Macam pegang cerek panas!!! Tak tipu gaisss!!! Saya serius sangat panik waktu tu. Saya call adik yang di Cyberjaya. Adik soh saya call bilik gerakan.Saya call bilik gerakan, tapi diorang cakap diorang dah nak balik. Dan diorang minta saya call ambulance jika rasa kecemasan. Saya gitau my mom untuk nak call ambulance. Tapi my mom tak bagi (my mom ada trauma lepas dia pergi dgn elok ke emergency, sekali sebulan koma sebab jangkitan kuman pada paru2).

Kebetulan keesokan harinya (16 Mei 2021), my mom dapat penggiliran untuk Ujian Calitan (Swab Test) di Klinik Changlun. So, my mom kata esok ja lah amik sekali ubat. Saya waktu tu gelabah dah sebab saya risau badan my mom sangat panas. Tapi sebab my mom berkeras tak nak pegi hospital malam tu, saya hanya mampu berdoa ja my mom baik2 ja sampai kami jumpa pihak KKM. Saya terus hampar toto tidur satu bilik ngan my mom sebab saya risau kan dia. Tapi saya tak dapat tidur pun, kejap2 saya akan bangun tengok keadaan my mom kat atas katil.

16 Mei 2021 

Kami berdua siap2 untuk ke Klinik Kesihatan Changlun. Masa my mom kat dalam bilik tengah bersiap, sekali dengar bunyi kuat pintu. Saya ingatkan my mom yang tolak pintu kuat. Jarak dalam 5 minit macam tu saya masuk bilik. Terkejut saya tengok my mom terbaring kat lantai! Allahu!!! My mom gitau dia tak pening, tapi terjatuh dan tak boleh bangun. Saya angkat my mom. Waktu tu saya dah nak nangis dah sebab risau macam2 dalam kepala ni. Bawa mak duduk di sofa luar. Sekali lagi saya terkejut bila percakapan mak jadi tak terus. Macam pesakit strok bercakap. Tak faham apa yang dia cakap. Kesan panasnya badan my mom sampai effect tak dapat berjalan dengan betul dan tak dapat bercakap dengan betul. Allahu... Covid is real gaisssssss...

Sampai ja kat Klinik Kesihatan Changlun, saya betul2 parking tepi khemah sebab my mom memang dalam keadaan sangat tak stabil waktu tu. Dan my mom gitau kaki dia dah lemah untuk berjalan. Jadi saya nak minta jasa baik pihak KKM dapat buat ujian calitan (swab test) tanpa perlu my mom turun untuk beratur. 

Alhamdulillah, setelah berlaku sedikit kekeliruan antara pihak KKM dan yang menunggu untuk Ujian Calitan (Swab Test), my mom dapat giliran yang awal sebab keadaan my mom yang tak stabil. Saya belum dapat panggilan untuk Ujian Calitan (Swab Test), so hari tu my mom ja dapat. Lepas dah sudah, saya terus tanya pihak KKM di situ, disebabkan my mom dalam keadaan sangat tak stabil, saya perlu ke kecemasan mana? Mereka maklumkan untuk saya bawa my mom ke emergency Jitra. Segera bergegas saya bawa my mom ke emergency Jitra. Sampai ke kaunter, saya maklumkan pada diorang yang kami memakai gelang pink dan my mom dalam keadaan tak stabil. Masa ni diorang tanya kenapa tak dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Changlun tadi?. Saya jawab pihak sana suruh datang sini. Nampak di situ berlaku tolak ke sini sana.Diorang akur dan minta saya menunggu di tempat yang telah dikhaskan untuk pesakit covid 19. Tapi kami dimaklumkan untuk datang semula jam 3pm kerana Bilik Rawatan untuk Covid 19 dibuka pada waktu itu sahaja.

Saya agak risau jarak masa lama. My mom lak memang dalam keadaan tak stabil. Tapi apa boleh buat, saya terpaksa akur dan hanya mampu berdoa yang my mom boleh bertahan. Sampai rumah, saya soh my mom minum air kelapa yang kami beli semalam untuk cover seboleh mungkin sementara nak menunggu jam 3pm. Lama kottt...

Dipendekkan cerita, Jam 3pm me and my mom dah ada di depan Bilik Rawatan Covid 19. Lama juga kami menunggu Bilik Rawatan Covid 19 untuk dibuka. Mungkin mereka juga banyak pesakit lain untuk diberi perhatian. Dalam jam 4.30pm baru nama saya dipanggil untuk rawatan (waktu menunggu dalam kereta start jam 3pm, badan saya dah mula panas macam mana panasnya badan my mom), Ini gelaja kedua yang saya kena. Tanpa kesian, Virus serang saya dan my mom tanpa tunggu lama okayyy.

Diorang cuma periksa tekanan darah saya dan tekak saya sebab saya beritahu saya ada batuk dan tekak gatal. Diorang bagi slip ubat dan soh saya amik ubat di farmasi hospital. Selesai saya ambil ubat, walaupun waktu tu sebenarnya saya tak boleh ambil sendiri ubat sebab saya pakai gelang pink. Agaknya diorang pun terlupa atau tak perasan sebab saya sendiri pun tak terpikir pasal tu.

Saya masuk kereta dan nama my mom dipanggil dan sebelum tu saya maklumkan pada pihak KKM yang my mom ada penyakit jantung dan ada sejarah koma hampir sebulan kerana jangkitan kuman di paru2. Jadi pihak KKM bawa my mom ke dalam emergency. My mom duduk di wheelchair dan saya tak dibenarkan ikut. Jadi, tunggu lah saya dalam kereta. Agak lama juga saya tunggu sampai saya tanya kat kaunter emergency untuk tahu keadaan my mom and tanya samada saya perlu tunggu atau balik.

Alhamdulillah saya nampak my mom keluar dan dipanggil masuk ke bilik rawatan covid 19. saya nampak doktor pegang kertas panjang yang saya pastu tu keputusan ujian untuk jantung. Diorang masuk kan ubat dalam badan my mom masa kat dalam emergency.

My mom pun dapat slip untuk pengambilan ubat dan belum sempat saya nak ambilkan ubat untuk my mom, ada pihak KKM yang sukarela untuk ambilkan ubat untuk my mom. Rupanya waktu tu baru diorang sedar yang kami pakai gelang pink tak boleh ambil ubat sendiri.

Dipendek kan cerita, me and my mom sampai rumah. Seperti biasa, kami bersihkan diri dengan mandi dan baju yang kami pakai terus masuk dalam mesin basuh.

Badan saya dah totally out sebab rasa bahang panas dalam. My mom pun terus masuk tidur. Ubat yang kami dapat agak banyak.


Bawa 'Baby' (nama kereta).
My mom dalam kereta, saya wakilkan beratur sebab my mom dah tak boleh berjalan.

Alhamdulillah pihak KKM consider keadaan my mom, diorang buat Ujian Calitan (Swab Test) terus dari kereta



Bilik Rawatan Covid 19 di Hospital Jitra.

Ubat yang saya dapat. So far ubat yang dapat antaranya Panadol biasa ja pun. Tapi serius berkesan untuk me and my mom sepanjang kami bergejala.

Nie masa menunggu giliran di Klinik Kesihatan Changlun untuk Swab Test. Baju hijau tu jiran sederet rumah saya yang telah meninggal dunia asbab Covid 19. Al-Fatihah.

Masa kami otw balik nak masuk taman, kami nampak deretan lori2 yang menandakan Taman Mahsuri akan ditutup untuk PKPD.

Ubat yang my mom dapat.

My mom kena masuk ubat sebab terlampau panas bahang badannya.

Lori2 JKR dah ready untuk memunggah blok untuk menyekat laluan masuk dan keluar Taman Mahsuri berikutan penularan virus Covid 19 di taman kami.

No comments:

Post a Comment