Pengikut pun dah menghilang untuk komen...
31.12.2020 :
Saya dpt keputusan dari doktor yang dalam perut saya ada ketumbuhan fibroid yang saiz nya besar dan lebih dari 1. Bayangkan sehari sebelum tahun baru saya terima berita mcm nie π Nangis takyah cakap lah. Kat hospital tu juga nangis tapi cuba cover. Doktor minta nurse pegi kat saya utk sign surat berkaitan sb dia nampak saya nangis.
25.07.2021 :
Saya mengenali seorang lelaki yang boleh menerima kekurangan saya πΌππΌ
31.10.2023 : Saya menjalani pembedahan membuang Fibroid sebanyak 32 biji. Paling besar fibroid adalah saiz kepala baby. Alhamdulillah rahim saya masih selamat dan pembedahan sangat berjaya tanpa pendarahan yang memerlukan darah tambahan. Cuma perut masih tak kempis sepenuhnya. Pastinya lemak juga sibuk menempel. Dan bekas jahitan pun ada. Mcm orang belah perut czer tu. Masih tetap pergi jumpa doktor untuk scan dan rawatan susulan, untuk elak dari fibroid muncul kembali.
Sepanjang proses ini si dia sangatlah supportive dan caring even dari saya masuk wad hingga selesai pembedahan π₯²❤π€
Dan alhamdulillah sehingga sekarang kami masih bersama & dia sayang saya sepenuh hati walaupun dia bukan jenis sweet mcm lelaki lain.
Moga Allah swt permudahkan urusan kami untuk bersama sebagai pasangan suami isteri yang bahagia & di redhai π€❤π
Masa nie baru masuk Ward. Ketaq tu Allah swt ja tau..Sampai tekanan darah tinggi bila nurse datang check beberapa kali π
Masa baru sedar lepas operated tu, Doktor pakar yang operate datang tengok keadaan saya dan tunjuk gambar fibroid yang mereka keluarkan dari perut saya. Yang paling besar tu saiz kepala baby dan betul² atas rahim saya. Jadinya rahim saya banyak luka dijahit dan oleh sebab itu rahim saya besar sedikit dari normal.
Terimbas balik masa dibawa ke dewan bedah, memang diusung tu ketaq tak sangga. Depa bawa tempat menunggu. Masa tu pakar bius pun datang. Dlm keadaan nervous tu, ingt pesanan mak, kalo masa tu tak sempat solat, niat ja. Sy terus tanya depa waktu tu jam berapa. Waktu tu baru masuk waktu zohor, saya terus niat solat.
Masa untuk ke Dewan bedah dah tiba. Memang terus rasa sejuk dalam bilik bedah. Dgn ketaq tambah sejuk kat bilik tu. Allah swt ja tahu.
Sebelum saya pengsan, saya perasan depa masing² sibuk uruskan saya. Mmg saya pasrah ja depa pegang dan angkat saya π£
Pakar bius ada kat sebelah dan ada nurse tak salah saya pakaikan alat pernafasan. Masa ni depa pesan jangan panik wpun rasa panik suma tu ada na.
Tapi sebab takut punya psl, saya ikut ja cakap depa π
Yang saya dengar pakar bius kira 1,2,3,4,5 habis ja dgr 5 terus mata saya lelap.
Tahu² saya dikejutkan oleh pakar bius dok panggil nama saya. Sedar² saya kat tempat menunggu awal tadi. Kena paksa bangun sb rasanya sy tido lama kot π€
Dlm mamai tu, saya ucap alhamdulillah dlm hati.
Wpun dlm mamai tu, pertanyaan pertama saya kat pakar bius tu, "Doktor, rahim saya selamat tak?" Doktor tu terpaksa dtg dekat sb tetiba rasa suara tak keluar.
"Apa yang saya tengok kat sini, rahim awak selamat" ...Okay, alhamdulillah...Cukup yg tu sy nak tau. Terus saya sambung tido π
Sebab sebelum operate, Doktor pakar yang operate saya iaitu Doktor Tan ada gtau sy, kemungkinan akan berlaku pendarahan yang banyak sebab fibroid saya terlalu byk dan rahim mungkin akan dibuang. Masa ni aku sedih sgt weii sampai sambung nangis kat mak ngan en bf..Siap tnya en bf kalo rahim sy takdak, awk nak kwn lg ka ngn sy π
member yg tak sweet sampai kena jd sweet sb nak yakinkn sy ππ
Tapi Doktor Tan nie bagus sgt. Dia sambung ckp. Tak semestinya rahim awak kena buang. Kita cuba yang terbaik. Dia pernah buang fibroid byk tapi rahim masih ada. Kita doa byk² sb yang bagi sembuh Tuhan. Mmg respect kat Doktor Tan ni, wpun dia chinese tp tutur kata dia sgt lembut & bt pesakit tenang wpun mmg lah hakikat tu perit nak terima.
Inshaallah moga kerajinan mood menulis ni datang...Boleh share mcm² kat sini.
Sarangahae π€ Hassida~xoxo Publish!
No comments:
Post a Comment