Sunday, 21 May 2023

Mine ㅁㅏ인 Drama Korea

Tengok episode 1 pun dah complicated nya hidup dalam family orang² kayangan nie (terlampau kaya) πŸ˜…

Sblm nie penah bergaul dgn geng² over T20 masa urus artis² Korea dtg Malaysia...
Dari orang politik, Dato² etc... 
Mmg dok naik keta mewah² ikut bos pegi tempat event...
Pastu naik keta mewah iring artis²...Jadi bodyguard retis Korea...
Even dlm hp masih ada nombor² klik depa...
Mungkin masa tu hati mmg tertutup lagi utk kenal lelaki...Kalo tak jenuh juga complicated kalo jadi mcmn dlm cita nie πŸ˜„

Aisehhh...Feeling² mcm lawoo benau geng² over T20 nak kat cheq πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

So, untuk yang nak tahu mcmn hidup golongan terlampau kaya boleh tengok cita nie...😁

Xoxo. Publish. Hassida

Saturday, 20 May 2023

Imbas Memori

Lama sungguh tak menulis kat sini...
Pengikut pun dah menghilang untuk komen...
31.12.2020 :
Saya dpt keputusan dari doktor yang dalam perut saya ada ketumbuhan fibroid yang saiz nya besar dan lebih dari 1. Bayangkan sehari sebelum tahun baru saya terima berita mcm nie πŸ˜” Nangis takyah cakap lah. Kat hospital tu juga nangis tapi cuba cover. Doktor minta nurse pegi kat saya utk sign surat berkaitan sb dia nampak saya nangis.
25.07.2021 :
Saya mengenali seorang lelaki yang boleh menerima kekurangan saya πŸŒΌπŸ’šπŸŒΌ
31.10.2023 : Saya menjalani pembedahan membuang Fibroid sebanyak 32 biji. Paling besar fibroid adalah saiz kepala baby. Alhamdulillah rahim saya masih selamat dan pembedahan sangat berjaya tanpa pendarahan yang memerlukan darah tambahan. Cuma perut masih tak kempis sepenuhnya. Pastinya lemak juga sibuk menempel. Dan bekas jahitan pun ada. Mcm orang belah perut czer tu. Masih tetap pergi jumpa doktor untuk scan dan rawatan susulan, untuk elak dari fibroid muncul kembali.
Sepanjang proses ini si dia sangatlah supportive dan caring even dari saya masuk wad hingga selesai pembedahan πŸ₯²❤πŸ€—
Dan alhamdulillah sehingga sekarang kami masih bersama & dia sayang saya sepenuh hati walaupun dia bukan jenis sweet mcm lelaki lain.
Moga Allah swt permudahkan urusan kami untuk bersama sebagai pasangan suami isteri yang bahagia & di redhai 🀍❤πŸ’š
Masa nie baru masuk Ward. Ketaq tu Allah swt ja tau..Sampai tekanan darah tinggi bila nurse datang check beberapa kali πŸ˜…
Masa baru sedar lepas operated tu, Doktor pakar yang operate datang tengok keadaan saya dan tunjuk gambar fibroid yang mereka keluarkan dari perut saya. Yang paling besar tu saiz kepala baby dan betul² atas rahim saya. Jadinya rahim saya banyak luka dijahit dan oleh sebab itu rahim saya besar sedikit dari normal. 
Terimbas balik masa dibawa ke dewan bedah, memang diusung tu ketaq tak sangga. Depa bawa tempat menunggu. Masa tu pakar bius pun datang. Dlm keadaan nervous tu, ingt pesanan mak, kalo masa tu tak sempat solat, niat ja. Sy terus tanya depa waktu tu jam berapa. Waktu tu baru masuk waktu zohor, saya terus niat solat. 
Masa untuk ke Dewan bedah dah tiba. Memang terus rasa sejuk dalam bilik bedah. Dgn ketaq tambah sejuk kat bilik tu. Allah swt ja tahu. 
Sebelum saya pengsan, saya perasan depa masing² sibuk uruskan saya. Mmg saya pasrah ja depa pegang dan angkat saya 😣
Pakar bius ada kat sebelah dan ada nurse tak salah saya pakaikan alat pernafasan. Masa ni depa pesan jangan panik wpun rasa panik suma tu ada na.
Tapi sebab takut punya psl, saya ikut ja cakap depa πŸ˜„
Yang saya dengar pakar bius kira 1,2,3,4,5 habis ja dgr 5 terus mata saya lelap.

Tahu² saya dikejutkan oleh pakar bius dok panggil nama saya. Sedar² saya kat tempat menunggu awal tadi. Kena paksa bangun sb rasanya sy tido lama kot 🀭
Dlm mamai tu, saya ucap alhamdulillah dlm hati. 
Wpun dlm mamai tu, pertanyaan pertama saya kat pakar bius tu, "Doktor, rahim saya selamat tak?" Doktor tu terpaksa dtg dekat sb tetiba rasa suara tak keluar.
"Apa yang saya tengok kat sini, rahim awak selamat" ...Okay, alhamdulillah...Cukup yg tu sy nak tau. Terus saya sambung tido πŸ˜‚
Sebab sebelum operate, Doktor pakar yang operate saya iaitu Doktor Tan ada gtau sy, kemungkinan akan berlaku pendarahan yang banyak sebab fibroid saya terlalu byk dan rahim mungkin akan dibuang. Masa ni aku sedih sgt weii sampai sambung nangis kat mak ngan en bf..Siap tnya en bf kalo rahim sy takdak, awk nak kwn lg ka ngn sy πŸ˜… member yg tak sweet sampai kena jd sweet sb nak yakinkn sy πŸ˜„πŸ˜
Tapi Doktor Tan nie bagus sgt. Dia sambung ckp. Tak semestinya rahim awak kena buang. Kita cuba yang terbaik. Dia pernah buang fibroid byk tapi rahim masih ada. Kita doa byk² sb yang bagi sembuh Tuhan. Mmg respect kat Doktor Tan ni, wpun dia chinese tp tutur kata dia sgt lembut & bt pesakit tenang wpun mmg lah hakikat tu perit nak terima.

Inshaallah moga kerajinan mood menulis ni datang...Boleh share mcm² kat sini.

Sarangahae 🀍 Hassida~xoxo Publish!


Sunday, 30 May 2021

Part 2 - Pengalaman Bekas Pesakit Positif Covid 19

 Salam Rakan Alam Maya,


Sambung dari Part 1.

Sebelum tu, alhamdulillah ayah dan selamat sampai ke Pusat Kuarantin di Kulim. Di situ macam tempat rehat ayah cakap. Lebih kepada tempat pemulihan yang bukannya di hospital. Mereka jadikan bangunan kuarters sebagai Pusat Kuarantin untuk pesakit positif covid 19.

Lepas saya dan my mom pakai gelang pink, kami terpaksa singgah untuk borong membeli air kelapa original (tanpa gula dan ais). Tapi kami tak turun kereta, hanya memesan dari dalam kereta. Harap tiada kecaman sebab kami hanya tinggal berdua di rumah yang tiada siapa yang boleh bantu kami pada waktu tu. Dan kami terus pulang rumah. Sampai rumah, me and my mom terus mandi bersihkan diri. Baju yang kami pakai pun terus masuk dalam mesin basuh.

Korang mesti tertanya-tanya me and my mom ada gejala ke tak kan? 

Okay, sebenarnya hari kedua (15 Mei 2021) lepas my dad disahkan positif, saya dah mula batuk dan gatal tekak. Disebabkan saya ni jenis kalo kena batuk, susah nak lega sebab akan diikuti dengan penat sebab batuk yang terlalu banyak. Untuk elak penat, saya cuba sebaik mungkin untuk tidak batuk terlalu kuat sebab saya takut virus covid 19 ni akan mudah menyerang paru2 saya. Plus saya sangat perlu menjaga diri saya sebab hanya saya seorang pada waktu itu yang kena menjaga my mom. Jadi, saya kena dan perlu sihat dan kuat.

Dalam jam 12am macam tu, saya masuk bilik tidur untuk tengok my mom. My mom gitau dia pening kepala dan saya pegang badan dia, Panas gila weiiii...Macam pegang cerek panas!!! Tak tipu gaisss!!! Saya serius sangat panik waktu tu. Saya call adik yang di Cyberjaya. Adik soh saya call bilik gerakan.Saya call bilik gerakan, tapi diorang cakap diorang dah nak balik. Dan diorang minta saya call ambulance jika rasa kecemasan. Saya gitau my mom untuk nak call ambulance. Tapi my mom tak bagi (my mom ada trauma lepas dia pergi dgn elok ke emergency, sekali sebulan koma sebab jangkitan kuman pada paru2).

Kebetulan keesokan harinya (16 Mei 2021), my mom dapat penggiliran untuk Ujian Calitan (Swab Test) di Klinik Changlun. So, my mom kata esok ja lah amik sekali ubat. Saya waktu tu gelabah dah sebab saya risau badan my mom sangat panas. Tapi sebab my mom berkeras tak nak pegi hospital malam tu, saya hanya mampu berdoa ja my mom baik2 ja sampai kami jumpa pihak KKM. Saya terus hampar toto tidur satu bilik ngan my mom sebab saya risau kan dia. Tapi saya tak dapat tidur pun, kejap2 saya akan bangun tengok keadaan my mom kat atas katil.

16 Mei 2021 

Kami berdua siap2 untuk ke Klinik Kesihatan Changlun. Masa my mom kat dalam bilik tengah bersiap, sekali dengar bunyi kuat pintu. Saya ingatkan my mom yang tolak pintu kuat. Jarak dalam 5 minit macam tu saya masuk bilik. Terkejut saya tengok my mom terbaring kat lantai! Allahu!!! My mom gitau dia tak pening, tapi terjatuh dan tak boleh bangun. Saya angkat my mom. Waktu tu saya dah nak nangis dah sebab risau macam2 dalam kepala ni. Bawa mak duduk di sofa luar. Sekali lagi saya terkejut bila percakapan mak jadi tak terus. Macam pesakit strok bercakap. Tak faham apa yang dia cakap. Kesan panasnya badan my mom sampai effect tak dapat berjalan dengan betul dan tak dapat bercakap dengan betul. Allahu... Covid is real gaisssssss...

Sampai ja kat Klinik Kesihatan Changlun, saya betul2 parking tepi khemah sebab my mom memang dalam keadaan sangat tak stabil waktu tu. Dan my mom gitau kaki dia dah lemah untuk berjalan. Jadi saya nak minta jasa baik pihak KKM dapat buat ujian calitan (swab test) tanpa perlu my mom turun untuk beratur. 

Alhamdulillah, setelah berlaku sedikit kekeliruan antara pihak KKM dan yang menunggu untuk Ujian Calitan (Swab Test), my mom dapat giliran yang awal sebab keadaan my mom yang tak stabil. Saya belum dapat panggilan untuk Ujian Calitan (Swab Test), so hari tu my mom ja dapat. Lepas dah sudah, saya terus tanya pihak KKM di situ, disebabkan my mom dalam keadaan sangat tak stabil, saya perlu ke kecemasan mana? Mereka maklumkan untuk saya bawa my mom ke emergency Jitra. Segera bergegas saya bawa my mom ke emergency Jitra. Sampai ke kaunter, saya maklumkan pada diorang yang kami memakai gelang pink dan my mom dalam keadaan tak stabil. Masa ni diorang tanya kenapa tak dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Changlun tadi?. Saya jawab pihak sana suruh datang sini. Nampak di situ berlaku tolak ke sini sana.Diorang akur dan minta saya menunggu di tempat yang telah dikhaskan untuk pesakit covid 19. Tapi kami dimaklumkan untuk datang semula jam 3pm kerana Bilik Rawatan untuk Covid 19 dibuka pada waktu itu sahaja.

Saya agak risau jarak masa lama. My mom lak memang dalam keadaan tak stabil. Tapi apa boleh buat, saya terpaksa akur dan hanya mampu berdoa yang my mom boleh bertahan. Sampai rumah, saya soh my mom minum air kelapa yang kami beli semalam untuk cover seboleh mungkin sementara nak menunggu jam 3pm. Lama kottt...

Dipendekkan cerita, Jam 3pm me and my mom dah ada di depan Bilik Rawatan Covid 19. Lama juga kami menunggu Bilik Rawatan Covid 19 untuk dibuka. Mungkin mereka juga banyak pesakit lain untuk diberi perhatian. Dalam jam 4.30pm baru nama saya dipanggil untuk rawatan (waktu menunggu dalam kereta start jam 3pm, badan saya dah mula panas macam mana panasnya badan my mom), Ini gelaja kedua yang saya kena. Tanpa kesian, Virus serang saya dan my mom tanpa tunggu lama okayyy.

Diorang cuma periksa tekanan darah saya dan tekak saya sebab saya beritahu saya ada batuk dan tekak gatal. Diorang bagi slip ubat dan soh saya amik ubat di farmasi hospital. Selesai saya ambil ubat, walaupun waktu tu sebenarnya saya tak boleh ambil sendiri ubat sebab saya pakai gelang pink. Agaknya diorang pun terlupa atau tak perasan sebab saya sendiri pun tak terpikir pasal tu.

Saya masuk kereta dan nama my mom dipanggil dan sebelum tu saya maklumkan pada pihak KKM yang my mom ada penyakit jantung dan ada sejarah koma hampir sebulan kerana jangkitan kuman di paru2. Jadi pihak KKM bawa my mom ke dalam emergency. My mom duduk di wheelchair dan saya tak dibenarkan ikut. Jadi, tunggu lah saya dalam kereta. Agak lama juga saya tunggu sampai saya tanya kat kaunter emergency untuk tahu keadaan my mom and tanya samada saya perlu tunggu atau balik.

Alhamdulillah saya nampak my mom keluar dan dipanggil masuk ke bilik rawatan covid 19. saya nampak doktor pegang kertas panjang yang saya pastu tu keputusan ujian untuk jantung. Diorang masuk kan ubat dalam badan my mom masa kat dalam emergency.

My mom pun dapat slip untuk pengambilan ubat dan belum sempat saya nak ambilkan ubat untuk my mom, ada pihak KKM yang sukarela untuk ambilkan ubat untuk my mom. Rupanya waktu tu baru diorang sedar yang kami pakai gelang pink tak boleh ambil ubat sendiri.

Dipendek kan cerita, me and my mom sampai rumah. Seperti biasa, kami bersihkan diri dengan mandi dan baju yang kami pakai terus masuk dalam mesin basuh.

Badan saya dah totally out sebab rasa bahang panas dalam. My mom pun terus masuk tidur. Ubat yang kami dapat agak banyak.


Bawa 'Baby' (nama kereta).
My mom dalam kereta, saya wakilkan beratur sebab my mom dah tak boleh berjalan.

Alhamdulillah pihak KKM consider keadaan my mom, diorang buat Ujian Calitan (Swab Test) terus dari kereta



Bilik Rawatan Covid 19 di Hospital Jitra.

Ubat yang saya dapat. So far ubat yang dapat antaranya Panadol biasa ja pun. Tapi serius berkesan untuk me and my mom sepanjang kami bergejala.

Nie masa menunggu giliran di Klinik Kesihatan Changlun untuk Swab Test. Baju hijau tu jiran sederet rumah saya yang telah meninggal dunia asbab Covid 19. Al-Fatihah.

Masa kami otw balik nak masuk taman, kami nampak deretan lori2 yang menandakan Taman Mahsuri akan ditutup untuk PKPD.

Ubat yang my mom dapat.

My mom kena masuk ubat sebab terlampau panas bahang badannya.

Lori2 JKR dah ready untuk memunggah blok untuk menyekat laluan masuk dan keluar Taman Mahsuri berikutan penularan virus Covid 19 di taman kami.

Part 1 - Pengalaman sebagai bekas Pesakit Positif Covid 19

Salam Rakan Alam Maya,

Lama betul tak update kat sini.
Tajuk atas pun serius, makanya pengisian kali ini agak serius.

Ia berlaku pada Hari Raya Kedua Aidilfitri di mana ayah saya didapati Positif Covid 19.
Okay, kita undur sekejap sebelum saya teruskan apa berlaku.

Saya tinggal dengan parents saya di Taman Mahsuri, Jitra, Kedah. Saya dengan diorang sejak PKP 1.0 kerana waktu PKP 1.0, parents saya stucked di Putrajaya lebih dari sebulan sebab diorang sampai ja kat Putrajaya, esok tu PM umum PKP 1.0.
Makanya, saya kena berada di kampung untuk menjaga tanaman mereka dan kucing peliharaan di kampung. Saya ada kucing juga di rumah sewa dan waktu itu mereka berada di rumah sewa di Perlis.
Sebelum saya pulang ke Jitra untuk menghantar parents saya naik bas, saya sudah sediakan makanan dan minuman yang sebanyak mungkin untuk 2 hari (hari minggu saya balik Jitra). Lepas 2 minggu PKP, saya beranikan diri untuk meminta kebenaran dari pihak polis untuk ambil kucing2 saya kerana saya risau PKP akan berlanjutan.Pihak polis tak benarkan untuk alasan tersebut. Automatik saya menangis bila polis tak izinkan. Polis tengok saya menangis terus nampak dia gelabah, dan minta saya ubah alasan dengan mengatakan saya perlu rentas negeri untuk mengambil bahan kerja seperti laptop.So, saya pun tipu sunat kat dalam surat tu. Alhamdulillah saya dapat bawa pulang kesemua kucing saya. Walaupun kat roadblock polis macam suspicious melihat dalam kereta saya penuh dengan kucing. Hahahaha


Okay, kita kembali ke 2021.
Seperti biasa dalam bulan puasa, ayah saya akan dipertanggungjawab kan untuk mengetuai program Moreh di surau pada bulan Ramadhan. Cuma tahun nie agak terhad cara pengurusannya kerana perlu mengikut SOP yang ditetapkan untuk mengelakkan penularan penyakit Covid 19.

Di minggu akhir bulan Ramadhan, kami dikejutkan oleh berita rakan ayah saya disahkan positif Covid 19 yang mana rakan ayah saya juga terlibat dalam program moreh di surau Taman Mahsuri.
11 Mei 2021, ayah saya dipanggil untuk membuat ujian calitan (Swab Test) di Klinik Kesihatan Jitra (sebab sebelum tu ayah call bilik gerakan untuk bertanya mengenai suntikan vaksin yang beliau telah dapat dalam waktu terdekat tapi dia contact rapat dengan rakan yang positif tadi)

13 Mei 2021, umat Islam merayakan Aidilfitri. Tapi di Malaysia masih tidak dibenarkan untuk menyambutnya untuk menyekang penularan virus Covid 19. 

14 Mei 2021, sekitar jam 2pm, ayah telefon sendiri kepada bilik gerakan dan mereka beritahu yang mereka baru mendapat keputusan dari makmal yang mana ayah saya disahkan Positif Covid 19. Waktu tu saya lihat ayah tersandar dan nampak mata ayah dah berkaca. Saya ngan my mom jadi speechless sebab kami tak jangka perkara ni akan berlaku pada kami.
Lepas letak tel tu kami bertiga senyap seketika. Ayah agak cemas sebab risaukan mak sebab mak disahkan ada penyakit jantung dan pernah koma hampir sebulan kerana jangkitan paru2 pada 2016. Dan Covid 19 suka menyerang mereka yang mempunyai masalah pernafasan yang berkaitan paru2 dan jantung. 
Saya pun beritahu pada group WhatsApp family kitorang. Semua terkejut, cemas dan sedih. Saya dipertanggungjawab kan untuk update setiap yang berlaku pada group whatsapp family.

Dan bermula juga tel ayah tak berhenti deringan dari pihak KKM untuk memberi maklumat dan menyiasat setiap perincian di mana ayah dapat jangkitan, Dan saya lah yang kena terangkan semuanya sebab waktu tu ayah dah tak keruan. Dan saya bersama mak diminta untuk hadir ke Klinik Kesihatan Jitra untuk dipakaikan gelang pink kerana kami kontak rapat pesakit positif Covid 19.
Waktu tu saya bersyukur sangat ada dengan mereka dan bukan di rumah sewa di Perlis. Kalo tak agak kesian mereka untuk hadap keadaan waktu tu hanya mereka berdua.

Dalam jam 4-5pm, Pihak KKM maklumkan pada ayah yang ambulance akan amik ayah lepas Insyak pada hari tu juga (14 Mei 2021). Ayah terus ambil beg isi persalinan untuk beliau nanti. 
Mujurlah siang tu kebetulan saya borong segala jenis panadol yang ada.
Mak pun selitkan makanan seperti biskut dan minuman untuk ayah bawa.

Dipendek kan cerita, dalam jam 11.30pm, pihak ambulance datang amik ayah ke Pusat Kuarantin di Kulim. Jauh tu Jitra dengan Kulim. Kulim terletak hampir dah dengan Pulau Pinang. Waktu nie sedih tak yah cakap lah. Kalo berlaku apa2, itulah kali terakhir saya lihat ayah saya :(
Adik beradik yang lain minta saya amik video masa ayah nak pergi. Untuk tatapan kami sahaja waktu tu. Alhamdulillah ayah bebas dari jangkitan dan sudah mendapat 2nd dose vaccine. Baru saya letak kan video tu di akaun tiktok saya untuk memori yang tak terjangka berlaku dalam family saya.



15 Mei 2021 - Klinik Kesihatan Jitra.
Boleh dikatakan semuanya penduduk di Taman Mahsuri.

Isi borang untuk pemakaian gelang pink untuk me and my mom


My mom yang duduk di tepi tu. Saya beratur untuk mak sekali.

Masih menunggu giliran. Waktu ni rasa berdebar sebab macam tak sangka kami akan hadap situasi ni.


Secara rasminya 15 Mei 2021 kami diberi pakai Gelang Pink untuk tempoh sehingga 23 Mei 2021.

Okay guys, sambung Part 2 ya.



Sunday, 4 April 2021

Selagi Hidup Ku Terus Jalan

Hidup kita nie pasti akan ada manusia yang tak suka kita sedangkan dia sendiri tak pernah kenal luar dalam kita sebab itulah lahiriah manusia.

Manusia hanya akan nak lihat apa yang mereka suka lihat. Tak kisah lah mereka suka tengok kita down, itulah manusia. Begitu juga sebaliknya ada yang suka melihat manusia bahagia. Itulah manusia.

Manusia di muka bumi ini hingga Mac 2020 adalah 7,800,000,000... 
Hanya beberapa manusia yang toxic yang tak suka kita, akan ada lagi ramai manusia boleh kasih kita kan. πŸ’š

Jadi, pilihan semua atas kita untuk menjadi manusia yang bagaimana. Xoxo. Hassida. Publish!

Sunday, 28 March 2021

Kucing¹¹

Lega sangat badan Captain Ri 🐈 yang betul² panas dah kurang...
Non stop bagi minum air kelapa tanpa gula & ais... Jelum badan dengan air kelapa...
Captain Ri 🐈 berjangkit ngan Seo Joon 🐈 sebab diorang mmg always dok sama² dlm bilik..

Seo Joon 🐈 pun dah kurang panas badan...
Cuma diorang masih selesema...

Captain Ri 🐈 lemah sgt² 3 hari lepas...Tido ja dalam bilik... Nie pun dia dok dalam bilik ja...
Seo Joon lak kejap baring kat luar...

Adik & Woo Bin pun bg juga air kelapa...Jelum badan..

Nanti nak bg lelain juga air kepala...
Alhamdulillah... Air kelapa asbab penyembuh...
Moga kucing¹¹ ku sentiasa sihat² ja...

Tuesday, 23 March 2021

Rindunya suasana keja di Savatec

Kenalan staf masa keja kat Shah Alam 2004-2005 mesej...
Mmg pelupa... Dia remind byk², baru ingat sorang² πŸ˜„

Dia sampai ingat nama penuh ku πŸ˜„ sb dia keja admin 😁 & saya sorang ja pompuan keja bahagian technical yg waktu tu saya keja sebagai Pelukis Pelan 😊

Company tu pun dah tutup...Dia nak kumpulkan balik rakan² staf masa keja situ πŸ€—

Ada yg dah meninggal dunia... πŸ˜₯

Tapi memang masa keja situ best sangat πŸ₯°
Keja situ juga peluang saya masuk Proton dgn sesuka hati... Main Plant Proton & Mesin² yg menghasilkan keta² Proton...

Bila lalu dlm proton, bunyi cicak, tikus sesaja πŸ˜‚ tu saya selekeh sb kena panjat atas bumbung nak measure piping atas...mmg berdebu habis seluar... Tu pun ada yg dok ngorat πŸ˜‚
Dapat merasa naik keta lotus yg mcm f1 tu...
Masa tu tak launching lagi...

Keja situ juga dapat merasa bawa van yg stereng besar tu 😁 Sebab lelain kena buat keja.. Saya lah emergency staf kena kluar masuk Proton beli makanan kat diorang...

Antara yg penah buat kat dalam proton..
Design balik utk piping holes kat atas bumbung, Design baru piping yang besar kat 1 sudut dalam Proton...
Design mould untuk Proton...
Walaupun ku cuma Pelukis Pelan yg muda masa tu, tapi dapat kepercayaan dari Bos & pihak Proton tu buat saya rasa dihargai...
Even nak berhenti keja sb kena balik Kedah pun, bos nak offer gaji tinggi...
Lepas tu pun diorang sudi datang umah di Kedah masa kenduri...

Alhamdulillah ukhuwah masa keja situ memang best 🌼 Takda masa nak dengki sana sini sebab kami masing² ada keja kena buat 🌹
Plus sy sorang pompuan masa tu, lagi rasa dihargai, depa jaga sungguh saya 🌼
Dan kami semua mcm adik beradik 🌼🌼🌼

Done throwback keja Savatec 🌹🌼🌹